Program “Internet? Use it Right!” bersama Sekolah Menengah Agama Paya Jaras, Sungai Buloh
18 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 17 Julai 2019 yang lalu, Program “Internet? Use it Right!” telah diadakan di perpustakaan Sekolah Menengah Agama Paya Jaras, Sungai Buloh. Program ini telah berlangsung selama lebih kurang 8 jam bermula jam 8.30 pagi. Program ini telah berjaya menarik hampir 340 orang pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Agama Paya Jaras.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan antara pihak pengurusan
Pusat Internet Wilayah Tengah (Selangor) bersama warga Sekolah Menengah Agama Paya Jaras. Program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan kempen-kempen kesedaran di bawah MCMC dan pengenalan Pusat Internet serta fungsinya kepada warga Sekolah Menengah Agama Paya Jaras. Hal ini secara tidak langsung dapat memberikan kesedaran dan pengetahuan tambahan mengenai keselamatan menggunakan internet. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah kelas pengenalan Canva, kuiz advokasi, puzzle, typing race, pameran mesin pencetak 3D, dan juga pengumpulan barang-barang e-sisa mudah alih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: